Monday, 23 June 2014
Secebis Penghargaan
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pihak Pusat Kecemerlangan Kg.Soi, Pahang kerana telah banyak membantu kami dalam menjayakan blog kami terutamanya kepada Pn.Maizura dan Cik Nadia yang telah banyak memberi kami input-input yang sangat berguna kepada kami.
Sarung labuh corak eksklusif ( RM 750 )
Sarung hasil tenunan menggunakan teknik ikat dengan corak jalur secara keseluruhan. Baju dan kain menggunakan teknik ikat
Sarung pasang eksklusif (kosong + jalur) ( RM 650 )
Sarung pasang yang ditenun pada bahagian baju mempunyai jalur yang lebih banyak dan kain menggunakan teknik ikat.
Senarai Harga Produk Tenun Pahang
Cara Untuk Menarik Minat Masyarakat Untuk Membeli Dan Menghargai Produk Hasil Tenunan
Melakukan penambahbaikan melalui pemilihan warna.
Perincian manik bermotifkan sulaman bunga cengkih, bunga lawang, bunga melor dan bunga cempaka.
Setiap busana dihasilkan menggunakan kain tenun Pahang sebagai material asas dan diolah kreatif supaya ia terus relevan dalam peredaran fesyen masa kini.

Antara Produk Sampingan Dari Hasil Tenunan
Idea Untuk Membuat Produk Hasil Tenunan
Di Malaysia terdapat beberapa lapisan umur, contohnya : kanak-kanak, remaja, dewasa.
Dari situ,lahirnya idea untuk menarik golongan ini untuk melihat dan mempunyai produk hasil tenunan Pahang ini.
Setelah membuat penyelidikan dan pemerhatian terhadap setiap golongan,ia dapat melahirkan idea baru untuk menghasilkan produk buatan tenun Pahang.

Keistimewaan Produk DariI Tenun Pahang DiRaja
Produk yang dihasil dari Tenun Pahang Diraja masih mengekalkan ciri tradisi dan mengandungi nilai tersendiri bagi golongan yang tahu menghargai tradisi dan seni dalam masyarakat kita.
Tenun Pahang Diraja tidak mudah didapati di negeri-negeri luar dari Pahang, dan ini memberi keistimewaan kepada kain tenun dan produk-produk dari kain Tenun Pahang Diraja tersebut.
Tenun Pahang Diraja tidak mudah didapati di negeri-negeri luar dari Pahang, dan ini memberi keistimewaan kepada kain tenun dan produk-produk dari kain Tenun Pahang Diraja tersebut.
Target Market
Pelbagai jenis produk yang dihasilkan sesuai kepada semua golongan antaranya:
Kanak-kanak : bekas pensil, beg duit syiling.
Remaja : penanda buku, buku nota kecil.
Taraf sederhana : tali leher, bekas kaca mata.
Taraf koperat : sarung labuh eksklusif, sampin sutera eksklusif.
Kanak-kanak : bekas pensil, beg duit syiling.
Remaja : penanda buku, buku nota kecil.
Taraf sederhana : tali leher, bekas kaca mata.
Taraf koperat : sarung labuh eksklusif, sampin sutera eksklusif.
Kepelbagaian Produk Dari Tenun Pahang DiRaja
Menurut Pn Maizura (pereka di Pusat Kecemerlangan Tenun Pahang) terdapat pelbagai jenis produk yang dapat dihasilkan dari Tenun Pahang Diraja ini. Antara jenis produk utama yang dikeluarkan oleh Pusat Kecemerlangan Tenun Pahang ini ialah sampin, kain sarung dan juga kain baju kemeja. Manakala produk sampingan yang dihasilkan termasuklah bekas pensil, bekas cermin mata, bekas tisu dan sebagainya.
Keindahan Tenun
Keindahan tenun ditampilkan melalui pelbagai motif dan reka corak antaranya corak anak lebah, biji peria, Tun Razak dan sebagainya.
Tradisi menenun masih dipertahankan sementara alat tenunan atau kek, motif dan ragam hiasnya serta cara menenun itu sendiri memperlihatkan keindahan dan keunikan Tenun Pahang.
Keunikan Tenun
Ia umpama kain yang melambangkan kemewahan, darjat dan adat Melayu.
Proses penghasilannya yang rumit dan teliti dengan jalinan sulaman benang yang indah dan mewah telah menjadikan ia sesuatu yang unik.
Proses penghasilannya yang rumit dan teliti dengan jalinan sulaman benang yang indah dan mewah telah menjadikan ia sesuatu yang unik.
Kain tenun dengan motif tradisional lebih mahal kerana ia memerlukan lebih banyak corak.
Proses menenun memerlukan kemahiran, kreativiti, ketelitian dan semangat yang tinggi.
Tenun Pahang Diraja masih dihasilkan mengikut kaedah tradisional dengan mengekalkan kehalusan fabriknya sesuai bagi mereka yang bersifat teliti.

Tenun
Tenunan adalah suatu proses hasil jalinan atau sulaman benang-benang secara selang-seli antara benang loseng ( yang menunggu ) dengan benang pakan ( yang mendatang ) untuk dijadikan sehelai kain.
Seni tenunan adalah suatu warisan yang terus mendapat tempat istimewa dalam kebudayaan Nusantara.
Faktor perkembangan seni tenunan ini dapat dilihat pada kepentingan kedudukan rantau ini dari segi geografi. Nusantara menjadi tumpuan utama pedagang dari Tanah Arab, India dan China.

Subscribe to:
Posts (Atom)